top of page
4EAC3D75-2D5B-4059-8E79-4058B4A3D802_edi

SANG SEPETS

Kumpulan 5

Selamat sejahtera! Selamat datang ke E-portfolio Kumpulan 5. Dalam modul Hubungan Etnik ini, kita ditugaskan untuk menghasilkan satu video pendek yang bertemakan "Perpaduan Di Hati". Semoga video ini menimbulkan kesedaran kepentingan perpaduan dalam kalangan generasi muda.

1200px-Petronas_Towers_at_Night_-_from_t

Pengenalan

Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum dan etnik seperti Cina, Melayu, India dan lain-lain yang mempunyai perbezaan agama dan budaya. Walaupun Malaysia telah mencapai kesejahteraan dalam kehidupan masyarakat majmuk, namun begitu, terdapat prejudis dan stereotaip menyembul dalam kalangan masyarakat. Hal tersebut boleh mengganggu gugat kestabilan perpaduan dan hubungan antara etnik Malaysia. Oleh itu, ia amat penting sebagai warganegara Malaysia untuk sentiasa mengamalkan nilai toleransi, bekerjasama dan saling menghormati, agar tragedi 13 Mei 1969 yang menghancurkan perpaduan dan tenteraman negara tidak berlaku.

 

Sehubungan dengan itu, kumpulan kami telah merakam satu video bertema “Perpaduan di Hati” yang bertajuk “Tak Kenal Maka Tak Cinta” bagi menyumbang tenaga dalam meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai isu-isu perkauman. Dengan itu, video ini bertujuan untuk mencetus anjakan paradigma daripada corak pemikiran yang penuh dengan prejudis kepada minda yang mengamalkan sikap “serumpun bak serai, sesusun bak sirih”. Untuk mencapai matlamat tersebut, video ini bukan sahaja mempamerkan stereotaip antara etnik, malahan menunjukkan cara penyelesaian konflik tersebut.

 

“Tak Kenal Maka Tak Cinta” mengisahkan cerita empat orang pelajar yang terdiri daripada dua orang Cina, iaitu Ah Short dan Ah Long, satu orang Melayu, iaitu Siti, dan satu orang India, iaitu Divya. Cerita bermula dengan situasi di mana keempat-empat mereka terpaksa berkumpulan untuk menyiapkan satu projek Matematik. Klimaks cerita bermula apabila mereka bergaduh akibat prejudis. Dalam cerita ini, Ah Short mewakili golongan yang tidak dipengaruhi oleh stereotaip manakala Ah Long, Siti dan Divya mewakili golongan yang berprejudis. Sikap Ah Short yang menyatupadukan rakan sekelasnya patut dicontohi oleh setiap golongan masyarakat. Dengan itu, matlamat perpaduan etnik Malaysia dapat dicapai.

Pengenalan
Objektif

Objektif

1. Objektif yang pertama adalah untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan masyarakat mengenai isu-isu stereotaip yang wujud dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik pada masa ini.

 

2. Objektif yang kedua adalah untuk memupuk nilai perpaduan dan meningkatkan kesepaduan sosial etnik, terutamanya dalam kalangan generasi muda yang merupakan harapan bangsa dan tiang negara pada masa depan.

 

3. Objektif yang terakhir adalah untuk menghapuskan sifat etnosentrisme di kalangan masyarakat berbilang kaum, terutamanya prejudis yang lahir daripada pengaruh ibu bapa dari zaman kanak-kanak.

Penghargaan

Pertamanya, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada  Siti Noor Amyah Khasbullah, pensyarah modul Hubungan Etnik (MPU3113) kerana telah banyak membimbing kumpulan kami bagi menyiapkan tugasan ini mengikut kehendak topik. Kami telah mengaplikasikan pengetahuan yang diajar oleh beliau dalam penghasilan projek ini. Kami tidak akan dapat mencapai kejayaan cemerlang ini tanpa bimbingan beliau. Selain itu, ribuan terima kasih kepada ahli-ahli kumpulan kami terutamanya ketua kumpulan Moh Guo Yi, Aloysius Ignatius Leong, Ashley Soo Ru Yan, Loh Zhen,, Chow Qing Ying, Regina Ang Li, Garrick Gan Yi Long, Yeong Zhi Min, Yeong Zhi Xin, Soh Siu Jean, Favorie Kwan Ee Yan, Foo Swee Choo, Liew Ying Zhi, Cyndhia Chong Xia Xin, Tan Der Hui, Teoh Jing Rou dan Tee Yi Ern atas usaha dalam menyiapkan tugasan masing-masing. Projek ini memberi peluang kepada kami untuk mengenali pelbagai etnik berbeza di Malaysia dan menghargai semangat perpaduan masyarakat dalam kehidupan kita. Kami juga dapat berkenalan dengan ahli kumpulan masing-masing serta dapat menyiapkan tugasan dengan lancar dalam tempoh masa tertentu.

hari-merdeka-malaysia-independence-day-4
Penghargaan

Kesimpulan

Kesimpulanya, kami berharap agar mesej kepentingan perpaduan antara etnik dan kesedaran isu stereotaip dan prejudis, dapat disampaikan dengan lanjut melalui video kami, “Tak Kenal Maka Tak Cinta” yang bertema “Perpaduan di Hati” ini, terutamanya di kalangan generasi muda kini. Perpaduan dan keharmonian merupakan elemen yang sangat penting dalam mengekalkan kesejahteraan dalam masyarakat Malaysia yang berbilang etnik ini. Tanpa perpaduan, kestabilan negara rapuh dan konflik antara kaum mudah timbul, namun perkembangan negara terjejas. Kami juga berharap agar video ini dapat menunjukkan kepentingan nilai saling hormatmenghormati, nilai bekerjasama dan nilai toleransi. Warganegara Malaysia haruslah bergaul dan memupuk persefahaman antara kaum. Dalam keadaan tersebut, nilai-nilai perpaduan haruslah diterapkan dalam diri generasi muda oleh ibu bapa, persis kata mutiara “melentur uluh biarlah dari rebungnya”. Seterusnya, usaha-usaha untuk mengukuhkan perpaduan kaum memerlukan sinergi dan dedikasi yang tidak berbelah bahagi oleh semua pihak masyarakat. Oleh itu, kita patutlah begabung tenaga dan idea dengan sikap tolaransi dan persefahaman yang kukuh demi mewujudkan intergrasi nasional bagi memaju ke masa depan negara ini yang cerah. Bak kata pepatah, “bersatu kita teguh, bercerai kita roboh”. Melalui projek ini, kami harap agar rakyat Malaysia boleh bersatu-padu dalam segala perihal, mengelakkan konflik dan perselisih antara kaum, dan sentiasa menghayati dan mempraktikkannya “Rukun Negara” kerana ia merupakan tiang seri dan panduan hidup masyarakat majmuk negara ini.

Kesimpulan
bottom of page